Monday, November 16, 2015

Maksud TPPA, ancaman dan keburukannya (Berdasarkan bab 4)

     TPPA atau nama singkatannya Trans-Pacific Partnership Agreement juga dinamai sebagai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. TPPA adalah perjanjian multilateral terikat di mana ia melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA lebih kepada liberasi pasaran di mana negara-negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

     Antara ancaman dan keburukan kepada negara Malaysia ialah:

  • Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal kerana ubat generik yang sedia ada di Malaysia tidak lagi boleh dijual kerana Malaysia terikat dengan menggunakan ubat patented asli yang dihasilkan syarikat dari luar negara. Hal ini akan menyusahkan pesakit yang tidak bekemampuan untuk membeli ubat kerana harga yang ditawarkan begitu tinggi dan mereka tidak mampu untuk membelinya.
  • Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita dan menyukarkan peniaga-peniaga kecil kita untuk bersaing dengan syarikat gergasi tersebut. Hal ini diibaratkan sebagai meletakkan kepentingan negara barat mengatasi kepentingan rakyat kita sendiri. Hal ini juga boleh menyebabkan negara asing tersebut mendominasi ekonomi negara kita.
  • Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti mereka. Kesan daripada hal ini akan menjejaskan kuasa kerajaan dalam usaha mereka untuk memajukan dan memasarkan ekonomi negara.
  • Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Dalam erti kata lain, TPPA akan memberi kesan buruk kepada industri padi negara apabila beras dari AS menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan keluarga petani di negara ini boleh terjejas.
  • Khidmat undang-undang dan bidang pelaburan dan pelbagai khidmat profesional terpaksa berhadapan dengan pesaingan pasaran terbuka.

No comments:

Post a Comment