Sunday, December 13, 2015

Pelaksanaan Kerajaan Dalam Pembangunan Ekonomi

Pelaksanaan Kerajaan Dalam Pembagunan Ekonomi

Peringkat awal
  • Pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.

Akhir 1960-an
  • Pembangunan ekonomi mula berteraskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.

Akhir 2000
  • Ekonomi berteraskan K-ekonomi

Kesimpulan
  • Pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% hingga 9% terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an.
  • Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur dengan ukuran seperti KDNK, tetapi diukur juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup.



Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020

Merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat wawasan 2020 yang terdiri daripada;

1.     Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat saksama
·        Hasil pembangunan dikongsi bersama dalam kalangan rakyat tanpa mengira etnik, tahap sosioekonomi dan lokasi.
·        mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk tempoh masa yang panjang.

2.     Meningkatkan kesejahteraan rakyat
·        Merujuk kepada taraf dan kualiti hidup yang memenuhi keperluan sosioekonomi.
·        Mengukuhkan kesepaduan social dan perpaduan nasional.

3.     Meningkatkan pembangunan modal insan untuk Negara maju
·        Menarik pelaburan bagi membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi dan mendapat manfaat dari pertumbuhan ekonomi.

4.     Menuju ke arah pertumbuhan hijau
·        Merupakan pertumbuhan yang menggunakan sumber secara cekap, bersih dan berdaya tahan.
·        Memastikan alam sekitar dan sumber asli Negara yang bernilai kekal dipelihara

5.     Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
·        Memastikan rakyat mempunyai akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan.
·        Mengurangkan kos pengendalian perniagaan dan meningkatkan produktiviti dan daya saing Negara.


Friday, December 11, 2015

Bidang Kuasa Kehakiman

BADAN KEHAKIMAN
Fungsi badan kehakiman
Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.
Pelantikan hakim
         Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Bidang kuasa kehakiman
- bebas daripada pengaruh mana-mana pihak
- berkuasa membuat apa-apa keputusan berpandukan fakta yang diberikan dalam mahkamah
- Keputusan mahkamah – hukuman , denda ( boleh dirayu )
- YDA boleh kurangkan hukuman / ampun di mahkamah tentera / syariah di negeri tak beraja / wilayah persekutuan / mahkamah awam di wilayah persekutuan
- Raja/ sultan atau YDB boleh mengurangkan hukuman atau mengampuni seseorang pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di mahkamah awam dan syariah di negeri baginda sahaja

Fungsi utama badan kehakiman
- melindungi hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif , pihak tertentu atau orang perseorangan
- berkuasa mentafsirkan perlembagaan persekutuan dan undang-undang
- menyemak undang-undang parlimen , DUN dan pertubuhan
- mengisytiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan tertentu tidak sah jika diminta
- membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan setakat mana undang-undang itu bercanggah
- menjadi pentadbir keadilan dalam kes sivil dan jenayah di negara ini
- menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia ( walaupun kapal tersebut berada di ruang atau lautan antarabangsa )
Personel kehakiman
mahkamah persekutuan mengandungi Ketua Hakim Negara , Presiden Mahkamah Rayuan , 7 orang hakim mahkamah Persekutuan , pendaftar , jurubahasa , bailif dan sebagainya
- mahkamah tinggi malaya – seorang hakim besar dan 47 orang hakim lain beserta kakitangannya
- mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak – seorang hakim besar , 10 hakim lain dan kakitangan
- bilangan hakim boleh ditentukan mengikut perintah YDA
- peseuruhjaya kehakiman yang bertaraf hakim mahkamah tinggi juga dilantik
- mahkamah sesyen – hakim dan pegawainya
- mahkamah majistret – majistret sebagai hakim dan pegawainya

- mahkamah penghulu – penghulu sebagai hakim tanpaa pegawai yang lain

Tuesday, December 8, 2015

Iklan Raya PTS Media Group - Sangat Menyentuh Hati



ini adalah video yang kami gunakan bagi mempersembahkan nilai-nilai murni yang boleh dikaitkan dengan bab 7