Pelaksanaan Kerajaan Dalam
Pembagunan Ekonomi
Peringkat awal
- Pembangunan ekonomi lebih
ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian
dan industri gantian-import.
Akhir 1960-an
- Pembangunan ekonomi mula
berteraskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri
gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.
Akhir 2000
- Ekonomi berteraskan K-ekonomi
Kesimpulan
- Pembangunan ekonomi di Malaysia
telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan Kadar Keluaran Negara
Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% hingga 9% terutama pada tahun
1980-an dan 1990-an.
- Ukuran pencapaian bagi
pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur dengan ukuran seperti
KDNK, tetapi diukur juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup.
Rancangan Malaysia Kesebelas
2016-2020
Merupakan
rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat
wawasan 2020 yang terdiri daripada;
1.
Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat saksama
·
Hasil
pembangunan dikongsi bersama dalam kalangan rakyat tanpa mengira etnik, tahap
sosioekonomi dan lokasi.
·
mengekalkan
pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk tempoh masa yang panjang.
2.
Meningkatkan
kesejahteraan rakyat
·
Merujuk
kepada taraf dan kualiti hidup yang memenuhi keperluan sosioekonomi.
·
Mengukuhkan
kesepaduan social dan perpaduan nasional.
3.
Meningkatkan pembangunan
modal insan untuk Negara maju
·
Menarik
pelaburan bagi membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi dan
mendapat manfaat dari pertumbuhan ekonomi.
4.
Menuju ke arah pertumbuhan
hijau
·
Merupakan
pertumbuhan yang menggunakan sumber secara cekap, bersih dan berdaya tahan.
·
Memastikan
alam sekitar dan sumber asli Negara yang bernilai kekal dipelihara
5.
Memperkukuh
infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
·
Memastikan
rakyat mempunyai akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan.
·
Mengurangkan
kos pengendalian perniagaan dan meningkatkan produktiviti dan daya saing Negara.
No comments:
Post a Comment