Saturday, October 31, 2015

Reflexsi Bab 2

pluraliti adlah zaman masyarakat di alam melayu sebelum kedatangan islam. waktu ini keharmonian yang dinikmati adalah kerana pemerintah yang berwibawa meneraju negeri. setelah dijajah sekian lama, keharmonian yang dikecapi makin pudar dan dicampur-aduk oleh fitnah.

Monday, October 26, 2015

Soalan berdasarkan Bab 3


  1.     Bidang kuasa Dewan Rakyat & Dewan Negara

    Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem ini di takbir oleh Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia. Institusi yang tertinggi di Malaysia adalah parlimen dan parlimenlah yang menggubal undang-undang negara Malaysia. Parlimen Malaysia terdiri daripada Seri Paduka  Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

     Tugas utama Dewan Negara adalah dengan membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara juga membincangkan hal-hal kepentingan umum. Menurut perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu undang-undang tetapi mereka berhak untuk menunda sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum memperkenalkan undang-undang tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

    Rakyat Malaysia dapat menyuarakan pendapat dan pembelaan melalui ahli Dewan Rakyat yang telah dilantik oleh mereka melalui pilihan raya. Wakil-wakil inilah yang akan menyampaikan hasrat-hasrat mereka di dalam Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihan raya di setiap kawasan di seluruh Malaysia. Seorang ahli akan mewakili sebuah kawasan sahaja tetapi terdapat beberapa ahli yang mewakili untuk dua kawasan iaitu kawasan pilihan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.


      3.        Bidang kuasa eksekutif (fokus kepada PM)

  Kabinet atau Jemaah Menteri adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar atau polisi kabinet adalah tugas yang dilaksankan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan atau Kerajaan Pusat. Kabinet ini akan mengandungi seorang Pedana Menteri dan beberapa orang menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing. Misalnya Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Razak memegang secara serentak jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Perdana Menteri juga adalah Ketua Jemaah Menteri. Ini bermakna beliau berkuasa mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ahli kabinet. Selain itu, Perdana Menteri juga mempengurusikan mesyuarat Jemaah Menteri  yang diadakan seminggu sekali. Sebagai pengerusi, beliau boleh menentu dan mengawal agenda mesyuarat. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang mempunyai banyak parti berasaskan pelbagai kepentingan-kepentingan ini.

Perdana Menteri juga memainkan peranan sebagai Ketua Pentadbir Utama Negara. Ini kerana semua dasar yang diamalkan oleh kerajaan (termasuk kementerian) diturunkan dari pemerintah yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Sebagai ketua pentadbir Negara, seorang Perdana Menteri memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-dasar dan program-program yang agak mendadak dan menyeluruh bertujuan:

i.                     Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam
ii.                   Mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam
iii.                  Merapatkan hubungan sector awam dengan swasta

Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti politik. Dalam sistem yang didokong oleh persaingan parti politik, asas untuk menjadi Perdana Menteri terletak pada kejayaan parti pimpinan beliau memungut kerusi terbanyak dalam pilihanraya umum. Keadaan inilah yang memudahkan tugas Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdan Menteri. Oleh itu, baginda tidak perlu menggunakan budi bicara, tetapi mematuhi konvensyen dan amalan biasa di mana ketua parti politik yang telah memenangi majority kerusi Parlimen dijemput untuk menubuhkan sebuah kerajaan.

Perdana Menteri juga merupakan seorang pegawai diplomatic utama Negara. Oleh itu, beliau memainkan peranan seperti berikut :

i.                     Hubungan dengan Negara luar
Seorang Perdana Menteri menentukan Negara mana yang akan mempunyai hubungan diplomatic dengan Malaysia, termasuk meletak dan menentukan taraf perwakilan di sesuatu Negara luar itu.

ii.                   Peranan Malaysia di arena antarabangsa
Peranan Malaysia di dalam arena antarabangsa juga ditentukan oleh seorang Perdana Menteri. Tetapi kejayaan Malaysia di arena antarabangsa lebih bergantung kepada personality dan kepimpinan seorang Perdana Menteri, bukannya semata-mata ke atas keputusan untuk berbuat demikian.

Sunday, October 25, 2015

Piagam Atlantik (Berdasarkan bab 3)

Piagam Atlantik juga boleh dikenali sebagai Atlantic Charter yang ditubuhkan pada 14 Ogos 1941. Piagam ini telah ditandatangani oleh Franklik D. Rooservelt (Presiden Amerika Syarikat) dan Winston Churchill (Perdana Menteri Inggeris) di atas kapal yang sedang belayar di Samudera Atlantik.

Antara isi-isi Atlantic Charted ialah:


  • Mencegah pengambilan negara yang kalah di medan perang untuk dimasukkan ke dalam negara yang menang perang kerana tindakan tersebut akan merosakkan kedamaian dan menimbulkan perasaan tidak puas hati yang boleh menjurus kepada peperangan kerana negara yang kalah tersebut akan membalas dendam untuk merampas balik negara mereka semula.
  • Setiap negara diberi hak untuk menentukan nasib masing-masing dengan mencorak dan membentuk negara sendiri.
  • Semua pihak dapat hidup bebas dari perasaan takut dan kekurangan.
  • Mencegah tindakan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian internasional.


Sejauh manakah pengaruh hindu buddha ke atas orang melayu? (Berdasarkan bab 2)


  • Kebiasaannya, orang Hindu Buddha membesarkan dewa-dewa supaya dapat dikaitkan dengan kedudukan dan status raja sebagai penjelmaan dewa-dewa seperti yang selalu diungkapkan oleh konsep dewaraja. Dengan konsep tersebut, kedudukan raja-raja dari segi spiritual dan peranan fizikal diperkukuh melalui upacara keagamaan untuk menjadikan raja berkeperibadian mulia. Walaubagaimanapun, disebabkan kepercayaan ini bercanggah dengan agama islam, maka ia semakin dilupakan oleh masyarakat masa kini dan gelaran raja turut digantikan dengan gelaran sultan.
  • Sistem kasta yang diamalkan oleh golongan hindu turut mempengaruhi orang melayu dengan mengamalkan sistem berlapis iaitu memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata.
  • Dari segi adat resam, persandingan melayu juga mempunyai pengaruh hindu di mana penggunaan sirih pinang dan beras kunyit dapat memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Contoh lain adalah adat melenggang perut dan upacara berinai.
  • Dari segi budaya, masyarakat hindu sering menyapa masyarakat lain dengan menyebut vanakam. Tambahan juga, mereka sering bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya. Tetamu juga akan dijamukan dengan makanan dan minuman. Kita dapat melihat bahawa orang melayu kita turut mengamalkan budaya ziarah-menziarahi antara satu sama lain.

Saturday, October 24, 2015

Reflexsi bab 1

apa yang dapat kami selami dalam bab 1 konsep asas hubungan etnik ialah setiap insan adalah pelupa. manusia lupa tentang kesaksian yang telah dilafazkan oleh mereka sewaktu alam roh kepada pertanyaan Allah kepada kita. secara naznya setiap roh adalah baik, akan tetapi, sewaktu dizahirkan kedunia kita dilupakan akan kesaksian yang telah dilafazkan. Allah menjanjikan semua perbezaan antara manusiabersebab dan tidak membawa keburukan kepada dunia. malah ia akan bertambah harmoni jika dilihat melalui ajaran Allah. 

Sunday, October 18, 2015

Berdasarkan ayat 172 dan 173 Surah Al Araf (Berdasarkan bab 1)

Cara merealisasikan masyarakat yang baik:
  • Mencapai perpaduan dalam komuniti
  • Mengubah persepsi dunia terhadap islam
  • Menghapuskan kronisme dalam kalangan pemimpin
  • Tidak berlembut dengan kemungkaran
  • Yakin dengan takdir Alla S.W.T
  • Menyemarakkan semangat cinta akan negara dan agama
  • Memberi peluang dan ruang kepada pealah untuk berubah
  • Menghapuskan ajaran sesat sebagai contohnya Ayah Pin, Free Thinker

Sifat-sifat masyarakat yang baik:
  • Menafkahkan hartanya ke jalan yang benar
  • Menahan marah
  • Memaafkan kesilapan orang lain
  • Memelihara akhlak dengan mengikut peraturan yang disediakan
  • Berlaku adil semasa memimpin
  • Bekeluarga
  • Tolong-menolong dalam kebaikan
  • Harmonis dan damai

Friday, October 16, 2015

Terjemahan ayat (Berdasarkan bab 1)

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

SURAH AL INSAN

Ayat 1: Bukankah telah berlaku kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat?)

Ayat 2: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia dari air mani yang bercampur (dari benih lelaki dan perempuan), serta Kami telah mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami menjadikan keadaannya mendengar dan melihat

Ayat 3: Kerana keadaan itu tidak mencukupi maka, sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah, maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat) ataupun berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran dan menderhaka)

Ulasan terjemahan:

Sejarah kedatangan manusia adalah daripada tiada kepada ada. Allah S.W.T menciptakan setiap manusia dengan berbeza-beza. Pembentukan manusia adalah melalui percantuman benih lelaki dan perempuan melalui hubungan persenyawaan. Allah juga menjanjikan balasan kepada orang kafir dan juga orang mukmin.

SURAH AL ARAF

Ayat 172: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "sesungguhnya kami (Bani Adam) orang-orang yang lengah terhadap ini (Keesaan Tuhan)."

Ayat 173:  atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang sesat terdahulu?"

Ulasan terjemahan:

Sebelum manusia dilahirkan ke muka bumi, mereka telah diminta untuk menjadi saksi tentang kewujudan Allah S.W.T dan mengenal-Nya dengan baik. Kemudian mereka membawa hal itu terus ke dunia. Oleh itu, walaupun seseorang itu hidup dengan harta yang banyak dan kesihatan tubuh yang baik, mereka tetap perlu bergantung antara satu sama lain. Itu adalah fitrah hidup manusia untuk hidup saling bergantungan. Tiada tempat bergantung yang lain yang lagi sempurna melainkan Allah S.W.T. Itulah yang dinamakan fitrah bertuhan. Dengan memiliki fitrah bertuhan, manusia tidak mempunyai alasan untuk mengingkari dan melengahkan kewujudan Allah S.W.T. 

Asimilasi (Berdasarkan bab 1)

Asimilasi boleh ditafsirkan sebagai penggabungan dua budaya baru untuk membentuk satu budaya baru.

Antara faktor pendorong asimilasi:
  • Mempunyai sifat toleransi untuk menerima budaya yang baru
  • Menghargai orang asing dan menerima pembaharuan
  • Bersikap terbuka antara satu sama lain
Antara faktor penghalang asimilasi:
  • Kurang pengetahuan mengenai budaya baru
  • Munculnya perasaan takut untuk menghadapi pembaharuan
  • Merasakan budaya seseorang lebih tinggi darjatnya berbanding budayanya sendiri


Tuesday, October 6, 2015

Muqadimmah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Survival berasal daripada perkataan Inggeris - the state of continuing to live or exist - bermaksud mengekalkan kesinambungan untuk hidup atau wujud.
Menurut Kamus Dewan 2010 Edisi ke-4, Melayu bermaksud merupakan nama bagi sesuatu bangsa terutamanya di Semananjung Malaysia.
Manakala definisi Bumiputera adalah bangsa yang kebanyakannya berada di Sabah dan Sarawak seperti, Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya
Keseluruhannya, Survival Melayu Bumiputera bermaksud mengekalkan kesinambungan orang Melayu dan Bumiputera untuk terus hidup dan wujud.
Ada beberapa elemen dalam Survival  Melayu Bumiputera, iaitu dari segi politik, ekonomi dan kekeluargaan atau masyarakat.

Kami telah membuat pembahagian kerja untuk tajuk Survival Melayu Bumiputera.
Setelah kami mencapai kata sepakat, kami telah bersetuju dengan pembahagian kerja masing-masing.

Thursday, October 1, 2015

Ahli Kumpulan

Ahli kumpulan kami terdiri daripada :

1. Muhammad Hazim Bin Rosli
2. Nur Izzati Syuhadah Bt Abdullah
3. Rabiatul Hazwani Bt Rosli
4. Norazima Bt Mat Daud
5. Muhammad Zhamil Bin Noh