Sunday, October 25, 2015

Sejauh manakah pengaruh hindu buddha ke atas orang melayu? (Berdasarkan bab 2)


  • Kebiasaannya, orang Hindu Buddha membesarkan dewa-dewa supaya dapat dikaitkan dengan kedudukan dan status raja sebagai penjelmaan dewa-dewa seperti yang selalu diungkapkan oleh konsep dewaraja. Dengan konsep tersebut, kedudukan raja-raja dari segi spiritual dan peranan fizikal diperkukuh melalui upacara keagamaan untuk menjadikan raja berkeperibadian mulia. Walaubagaimanapun, disebabkan kepercayaan ini bercanggah dengan agama islam, maka ia semakin dilupakan oleh masyarakat masa kini dan gelaran raja turut digantikan dengan gelaran sultan.
  • Sistem kasta yang diamalkan oleh golongan hindu turut mempengaruhi orang melayu dengan mengamalkan sistem berlapis iaitu memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata.
  • Dari segi adat resam, persandingan melayu juga mempunyai pengaruh hindu di mana penggunaan sirih pinang dan beras kunyit dapat memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Contoh lain adalah adat melenggang perut dan upacara berinai.
  • Dari segi budaya, masyarakat hindu sering menyapa masyarakat lain dengan menyebut vanakam. Tambahan juga, mereka sering bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya. Tetamu juga akan dijamukan dengan makanan dan minuman. Kita dapat melihat bahawa orang melayu kita turut mengamalkan budaya ziarah-menziarahi antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment