Sunday, December 13, 2015
Pelaksanaan Kerajaan Dalam Pembangunan Ekonomi
Friday, December 11, 2015
Bidang Kuasa Kehakiman
BADAN KEHAKIMAN
Fungsi badan kehakiman
Fungsi Badan Kehakiman bergantung
pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah
Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan
Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung,
Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan
Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan
kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini
dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan
kepada mahkamah-mahkamah tersebut.
Pelantikan hakim
Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah
dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain
Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang
bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan
Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Bidang kuasa kehakiman
- bebas daripada pengaruh mana-mana pihak
- berkuasa membuat apa-apa keputusan berpandukan fakta yang
diberikan dalam mahkamah
- Keputusan mahkamah – hukuman , denda ( boleh dirayu )
- YDA boleh kurangkan hukuman / ampun di mahkamah tentera /
syariah di negeri tak beraja / wilayah persekutuan / mahkamah awam di wilayah
persekutuan
- Raja/ sultan atau YDB boleh mengurangkan hukuman atau
mengampuni seseorang pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di mahkamah awam
dan syariah di negeri baginda sahaja
Fungsi utama badan kehakiman
- melindungi hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak
eksekutif , pihak tertentu atau orang perseorangan
- berkuasa mentafsirkan perlembagaan persekutuan dan
undang-undang
- menyemak undang-undang parlimen , DUN dan pertubuhan
- mengisytiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan
tertentu tidak sah jika diminta
- membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan
perlembagaan persekutuan setakat mana undang-undang itu bercanggah
- menjadi pentadbir keadilan dalam kes sivil dan jenayah di
negara ini
- menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku
dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia ( walaupun kapal
tersebut berada di ruang atau lautan antarabangsa )
Personel kehakiman
mahkamah persekutuan mengandungi Ketua Hakim Negara ,
Presiden Mahkamah Rayuan , 7 orang hakim mahkamah Persekutuan , pendaftar ,
jurubahasa , bailif dan sebagainya
- mahkamah tinggi malaya – seorang hakim besar dan 47 orang
hakim lain beserta kakitangannya
- mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak – seorang hakim besar ,
10 hakim lain dan kakitangan
- bilangan hakim boleh ditentukan mengikut perintah YDA
- peseuruhjaya kehakiman yang bertaraf hakim mahkamah tinggi
juga dilantik
- mahkamah sesyen – hakim dan pegawainya
- mahkamah majistret – majistret sebagai hakim dan
pegawainya
- mahkamah penghulu – penghulu sebagai hakim tanpaa pegawai
yang lain
Tuesday, December 8, 2015
Iklan Raya PTS Media Group - Sangat Menyentuh Hati
ini adalah video yang kami gunakan bagi mempersembahkan nilai-nilai murni yang boleh dikaitkan dengan bab 7
Sunday, December 6, 2015
Wednesday, December 2, 2015
Monday, November 30, 2015
Reflexsi Bab 7
Melayu kini makin ditindas oleh bangsa minoriti. melayu makin lemah dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan sosiologi. banyak pihak yang mengambil kesempatan atas kelemahan yang ditunjukan tetapi mampukanh melayu mempertahan tampuk pemerintahan? mampukah melayu bangkit? atau melayu akan terus dipandang rendah oleh bangsa lain. terdapat pelbagai inisiatif yang dilakukan bagi menambah baik situasi yang makin meruncing.
Wednesday, November 25, 2015
Saturday, November 21, 2015
Reflexsi Bab 6
Pengukuhan perpaduan haruslah dilakukan dengan barhati-hati, jika ini tidak ditangani peristiwa bersejarah melaysia akan berulang dan melayu akan kalah dalam perpecahan ini. kehidupan berbilang bangsa bukan mudah untuk diurus takbir oleh kerajaan, bangsa lain sangat mencemburui hak-hak keistimewaan orang melayu, secara asasnya integrasi masyarakat bermula dari rumah atau keluarga. ibu bapa memain peranan penting untuk memupuk anak-anak mereka menghargai keamanan yang hampir musnah akibat perpecahan dan selisih faham antara kaum.
Wednesday, November 18, 2015
Monday, November 16, 2015
Modernisasi dari segi pendidikan (Berdasarkan bab 4)
- Perubahan pada kurikulum pendidikan
Perubahan pada kurikulum perlu sejajar dengan perubahan guna tenaga manusia. Justeru itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan di dalam sistem pendidikan Malaysia.
- Perubahan pada sistem pendidikan
Melakukan kajian semula serta melakukan perubahan terhadap sistem pendidikan. Perubahan ini untuk memperbaiki dan meningkatkan kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa.
- Falsafah pendidikan negara
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.
- Penggunaan Teknologi Maklumat
Penubuhan koridor raya multimedia dapat membangunkan teknologi maklumat di Malaysia. Maklumat dari seluruh negara dapat dihubungkan terus oleh pengguna. Sekolah Bestari adalah contoh penggunaan multimedia sebagai asas pendidikan.
- Pendemokrasian pendidikan
Globalisasi pendidikan membuat kerajaan lebih peka terhadap pelajaran di luar bandar. Pendidikan di luar bandar juga perlu diberi perhatian seperti di bandar.
Maksud TPPA, ancaman dan keburukannya (Berdasarkan bab 4)
TPPA atau nama singkatannya Trans-Pacific Partnership Agreement juga dinamai sebagai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik. TPPA adalah perjanjian multilateral terikat di mana ia melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA lebih kepada liberasi pasaran di mana negara-negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.
Antara ancaman dan keburukan kepada negara Malaysia ialah:
Antara ancaman dan keburukan kepada negara Malaysia ialah:
- Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal kerana ubat generik yang sedia ada di Malaysia tidak lagi boleh dijual kerana Malaysia terikat dengan menggunakan ubat patented asli yang dihasilkan syarikat dari luar negara. Hal ini akan menyusahkan pesakit yang tidak bekemampuan untuk membeli ubat kerana harga yang ditawarkan begitu tinggi dan mereka tidak mampu untuk membelinya.
- Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita dan menyukarkan peniaga-peniaga kecil kita untuk bersaing dengan syarikat gergasi tersebut. Hal ini diibaratkan sebagai meletakkan kepentingan negara barat mengatasi kepentingan rakyat kita sendiri. Hal ini juga boleh menyebabkan negara asing tersebut mendominasi ekonomi negara kita.
- Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti mereka. Kesan daripada hal ini akan menjejaskan kuasa kerajaan dalam usaha mereka untuk memajukan dan memasarkan ekonomi negara.
- Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Dalam erti kata lain, TPPA akan memberi kesan buruk kepada industri padi negara apabila beras dari AS menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan keluarga petani di negara ini boleh terjejas.
- Khidmat undang-undang dan bidang pelaburan dan pelbagai khidmat profesional terpaksa berhadapan dengan pesaingan pasaran terbuka.
Saturday, November 14, 2015
Reflexsi Bab 5
permainan politik adalah perkara biasa yang sedang dimanipulasi media massa, terdapat banyak perkara yang mengkaburi mata masyarakat untuk kebenaran. bagi parti pemerintah, banyak yang telah berubah dari sebelum hingga kita sudah merdeka. parti yang meneraju malaysia sekarang ialah UMNO sejak mencapai kemerdekaan dahulu. kita hanya diberi kuasa 5 tahun sekali bagi memilih pemerintah atau wakil suara bagi kawasan masing-masing.
Thursday, November 12, 2015
Reflexsi Bab 4
telah ditakdirkan Allah bumi Malaysia banyak hasil bumi dan benyak anasir-anasir luar yang cuba untuk memungut untung dari bumi bertuah ini. malah, tercatit didalam sejarah yang membuktikan bahawa banyak kuasa yang telah meragut harta bumi malaysia. kini, Malaysia telah berubah dan Malaysia telah merdeka. kerajaan melaksanakan undang-undang baru selepas 13 mei bagi memulih ekonomi melayu yang sering ditindas oleh bangsa asing. akan tetapi, hanya Allah saja mengetahui dan menentukan, kita hanya mampu merancang.
Saturday, November 7, 2015
Reflexsi bab 3
perlembagaan adalah tunjang nagara kita. setiap dasar yang dilaksanakan akan berpandukan perlembagaan negara. isi kandungan perlembagaan banyak menyentuh perkara-perkara yang dapat membantu pentakbiran dan tidak menyentuh hak istimewa orang melayu malah Yang di-pertuan atau sultan juga tertakluk dibawah perlembagaan.
Saturday, October 31, 2015
Reflexsi Bab 2
pluraliti adlah zaman masyarakat di alam melayu sebelum kedatangan islam. waktu ini keharmonian yang dinikmati adalah kerana pemerintah yang berwibawa meneraju negeri. setelah dijajah sekian lama, keharmonian yang dikecapi makin pudar dan dicampur-aduk oleh fitnah.
Monday, October 26, 2015
Soalan berdasarkan Bab 3
- Bidang kuasa Dewan Rakyat & Dewan Negara
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem ini di takbir oleh Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia. Institusi yang tertinggi di Malaysia adalah parlimen dan parlimenlah yang menggubal undang-undang negara Malaysia. Parlimen Malaysia terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Tugas utama Dewan Negara adalah dengan membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara juga membincangkan hal-hal kepentingan umum. Menurut perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu undang-undang tetapi mereka berhak untuk menunda sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum memperkenalkan undang-undang tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.
Rakyat Malaysia dapat menyuarakan pendapat dan pembelaan melalui ahli Dewan Rakyat yang telah dilantik oleh mereka melalui pilihan raya. Wakil-wakil inilah yang akan menyampaikan hasrat-hasrat mereka di dalam Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihan raya di setiap kawasan di seluruh Malaysia. Seorang ahli akan mewakili sebuah kawasan sahaja tetapi terdapat beberapa ahli yang mewakili untuk dua kawasan iaitu kawasan pilihan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
3. Bidang kuasa eksekutif (fokus kepada PM)
3. Bidang kuasa eksekutif (fokus kepada PM)
Kabinet atau Jemaah Menteri adalah
sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang
di-Pertuan Agong. Dasar atau polisi kabinet adalah tugas yang dilaksankan oleh
jentera pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan atau Kerajaan Pusat.
Kabinet ini akan mengandungi seorang Pedana Menteri dan beberapa orang menteri
yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing. Misalnya Perdana
Menteri Malaysia kini iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Razak memegang
secara serentak jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Perdana Menteri juga adalah Ketua
Jemaah Menteri. Ini bermakna beliau berkuasa mencalonkan sesiapa sahaja untuk
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ahli kabinet. Selain itu, Perdana
Menteri juga mempengurusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan seminggu sekali. Sebagai pengerusi,
beliau boleh menentu dan mengawal agenda mesyuarat. Dalam sistem demokrasi
berparlimen yang mempunyai banyak parti berasaskan pelbagai kepentingan-kepentingan
ini.
Perdana Menteri juga memainkan
peranan sebagai Ketua Pentadbir Utama Negara. Ini kerana semua dasar yang
diamalkan oleh kerajaan (termasuk kementerian) diturunkan dari pemerintah yang
diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Sebagai ketua pentadbir Negara, seorang
Perdana Menteri memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-dasar dan
program-program yang agak mendadak dan menyeluruh bertujuan:
i.
Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam
ii.
Mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam
iii.
Merapatkan hubungan sector awam dengan swasta
Seorang Perdana Menteri sudah
semestinya merupakan ketua sebuah parti politik. Dalam sistem yang didokong
oleh persaingan parti politik, asas untuk menjadi Perdana Menteri terletak pada
kejayaan parti pimpinan beliau memungut kerusi terbanyak dalam pilihanraya
umum. Keadaan inilah yang memudahkan tugas Yang di-Pertuan Agong melantik
seorang Perdan Menteri. Oleh itu, baginda tidak perlu menggunakan budi bicara,
tetapi mematuhi konvensyen dan amalan biasa di mana ketua parti politik yang
telah memenangi majority kerusi Parlimen dijemput untuk menubuhkan sebuah
kerajaan.
Perdana Menteri juga merupakan
seorang pegawai diplomatic utama Negara. Oleh itu, beliau memainkan peranan
seperti berikut :
i.
Hubungan dengan Negara luar
Seorang Perdana Menteri menentukan
Negara mana yang akan mempunyai hubungan diplomatic dengan Malaysia, termasuk
meletak dan menentukan taraf perwakilan di sesuatu Negara luar itu.
ii.
Peranan Malaysia di arena antarabangsa
Peranan Malaysia di dalam arena
antarabangsa juga ditentukan oleh seorang Perdana Menteri. Tetapi kejayaan
Malaysia di arena antarabangsa lebih bergantung kepada personality dan
kepimpinan seorang Perdana Menteri, bukannya semata-mata ke atas keputusan
untuk berbuat demikian.
Sunday, October 25, 2015
Piagam Atlantik (Berdasarkan bab 3)
Piagam Atlantik juga boleh dikenali sebagai Atlantic Charter yang ditubuhkan pada 14 Ogos 1941. Piagam ini telah ditandatangani oleh Franklik D. Rooservelt (Presiden Amerika Syarikat) dan Winston Churchill (Perdana Menteri Inggeris) di atas kapal yang sedang belayar di Samudera Atlantik.
Antara isi-isi Atlantic Charted ialah:
- Mencegah pengambilan negara yang kalah di medan perang untuk dimasukkan ke dalam negara yang menang perang kerana tindakan tersebut akan merosakkan kedamaian dan menimbulkan perasaan tidak puas hati yang boleh menjurus kepada peperangan kerana negara yang kalah tersebut akan membalas dendam untuk merampas balik negara mereka semula.
- Setiap negara diberi hak untuk menentukan nasib masing-masing dengan mencorak dan membentuk negara sendiri.
- Semua pihak dapat hidup bebas dari perasaan takut dan kekurangan.
- Mencegah tindakan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian internasional.
Sejauh manakah pengaruh hindu buddha ke atas orang melayu? (Berdasarkan bab 2)
- Kebiasaannya, orang Hindu Buddha membesarkan dewa-dewa supaya dapat dikaitkan dengan kedudukan dan status raja sebagai penjelmaan dewa-dewa seperti yang selalu diungkapkan oleh konsep dewaraja. Dengan konsep tersebut, kedudukan raja-raja dari segi spiritual dan peranan fizikal diperkukuh melalui upacara keagamaan untuk menjadikan raja berkeperibadian mulia. Walaubagaimanapun, disebabkan kepercayaan ini bercanggah dengan agama islam, maka ia semakin dilupakan oleh masyarakat masa kini dan gelaran raja turut digantikan dengan gelaran sultan.
- Sistem kasta yang diamalkan oleh golongan hindu turut mempengaruhi orang melayu dengan mengamalkan sistem berlapis iaitu memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata.
- Dari segi adat resam, persandingan melayu juga mempunyai pengaruh hindu di mana penggunaan sirih pinang dan beras kunyit dapat memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Contoh lain adalah adat melenggang perut dan upacara berinai.
- Dari segi budaya, masyarakat hindu sering menyapa masyarakat lain dengan menyebut vanakam. Tambahan juga, mereka sering bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya. Tetamu juga akan dijamukan dengan makanan dan minuman. Kita dapat melihat bahawa orang melayu kita turut mengamalkan budaya ziarah-menziarahi antara satu sama lain.
Saturday, October 24, 2015
Reflexsi bab 1
apa yang dapat kami selami dalam bab 1 konsep asas hubungan etnik ialah setiap insan adalah pelupa. manusia lupa tentang kesaksian yang telah dilafazkan oleh mereka sewaktu alam roh kepada pertanyaan Allah kepada kita. secara naznya setiap roh adalah baik, akan tetapi, sewaktu dizahirkan kedunia kita dilupakan akan kesaksian yang telah dilafazkan. Allah menjanjikan semua perbezaan antara manusiabersebab dan tidak membawa keburukan kepada dunia. malah ia akan bertambah harmoni jika dilihat melalui ajaran Allah.
Sunday, October 18, 2015
Berdasarkan ayat 172 dan 173 Surah Al Araf (Berdasarkan bab 1)
Cara merealisasikan masyarakat yang baik:
- Mencapai perpaduan dalam komuniti
- Mengubah persepsi dunia terhadap islam
- Menghapuskan kronisme dalam kalangan pemimpin
- Tidak berlembut dengan kemungkaran
- Yakin dengan takdir Alla S.W.T
- Menyemarakkan semangat cinta akan negara dan agama
- Memberi peluang dan ruang kepada pealah untuk berubah
- Menghapuskan ajaran sesat sebagai contohnya Ayah Pin, Free Thinker
Sifat-sifat masyarakat yang baik:
- Menafkahkan hartanya ke jalan yang benar
- Menahan marah
- Memaafkan kesilapan orang lain
- Memelihara akhlak dengan mengikut peraturan yang disediakan
- Berlaku adil semasa memimpin
- Bekeluarga
- Tolong-menolong dalam kebaikan
- Harmonis dan damai
Friday, October 16, 2015
Terjemahan ayat (Berdasarkan bab 1)
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
SURAH AL INSAN
Ayat 1: Bukankah telah berlaku kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat?)
Ayat 2: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia dari air mani yang bercampur (dari benih lelaki dan perempuan), serta Kami telah mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami menjadikan keadaannya mendengar dan melihat
Ayat 3: Kerana keadaan itu tidak mencukupi maka, sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah, maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat) ataupun berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran dan menderhaka)
Ulasan terjemahan:
Sejarah kedatangan manusia adalah daripada tiada kepada ada. Allah S.W.T menciptakan setiap manusia dengan berbeza-beza. Pembentukan manusia adalah melalui percantuman benih lelaki dan perempuan melalui hubungan persenyawaan. Allah juga menjanjikan balasan kepada orang kafir dan juga orang mukmin.
SURAH AL ARAF
Ayat 172: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "sesungguhnya kami (Bani Adam) orang-orang yang lengah terhadap ini (Keesaan Tuhan)."
Ayat 173: atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang sesat terdahulu?"
Ulasan terjemahan:
Sebelum manusia dilahirkan ke muka bumi, mereka telah diminta untuk menjadi saksi tentang kewujudan Allah S.W.T dan mengenal-Nya dengan baik. Kemudian mereka membawa hal itu terus ke dunia. Oleh itu, walaupun seseorang itu hidup dengan harta yang banyak dan kesihatan tubuh yang baik, mereka tetap perlu bergantung antara satu sama lain. Itu adalah fitrah hidup manusia untuk hidup saling bergantungan. Tiada tempat bergantung yang lain yang lagi sempurna melainkan Allah S.W.T. Itulah yang dinamakan fitrah bertuhan. Dengan memiliki fitrah bertuhan, manusia tidak mempunyai alasan untuk mengingkari dan melengahkan kewujudan Allah S.W.T.
SURAH AL ARAF
Ayat 172: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "sesungguhnya kami (Bani Adam) orang-orang yang lengah terhadap ini (Keesaan Tuhan)."
Ayat 173: atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang sesat terdahulu?"
Ulasan terjemahan:
Sebelum manusia dilahirkan ke muka bumi, mereka telah diminta untuk menjadi saksi tentang kewujudan Allah S.W.T dan mengenal-Nya dengan baik. Kemudian mereka membawa hal itu terus ke dunia. Oleh itu, walaupun seseorang itu hidup dengan harta yang banyak dan kesihatan tubuh yang baik, mereka tetap perlu bergantung antara satu sama lain. Itu adalah fitrah hidup manusia untuk hidup saling bergantungan. Tiada tempat bergantung yang lain yang lagi sempurna melainkan Allah S.W.T. Itulah yang dinamakan fitrah bertuhan. Dengan memiliki fitrah bertuhan, manusia tidak mempunyai alasan untuk mengingkari dan melengahkan kewujudan Allah S.W.T.
Asimilasi (Berdasarkan bab 1)
Asimilasi boleh ditafsirkan sebagai penggabungan dua budaya baru untuk membentuk satu budaya baru.
Antara faktor pendorong asimilasi:
Antara faktor pendorong asimilasi:
- Mempunyai sifat toleransi untuk menerima budaya yang baru
- Menghargai orang asing dan menerima pembaharuan
- Bersikap terbuka antara satu sama lain
Antara faktor penghalang asimilasi:
- Kurang pengetahuan mengenai budaya baru
- Munculnya perasaan takut untuk menghadapi pembaharuan
- Merasakan budaya seseorang lebih tinggi darjatnya berbanding budayanya sendiri
Tuesday, October 6, 2015
Muqadimmah
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Survival berasal daripada perkataan Inggeris - the state of continuing to live or exist - bermaksud mengekalkan kesinambungan untuk hidup atau wujud.
Menurut Kamus Dewan 2010 Edisi ke-4, Melayu bermaksud merupakan nama bagi sesuatu bangsa terutamanya di Semananjung Malaysia.
Manakala definisi Bumiputera adalah bangsa yang kebanyakannya berada di Sabah dan Sarawak seperti, Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya
Keseluruhannya, Survival Melayu Bumiputera bermaksud mengekalkan kesinambungan orang Melayu dan Bumiputera untuk terus hidup dan wujud.
Ada beberapa elemen dalam Survival Melayu Bumiputera, iaitu dari segi politik, ekonomi dan kekeluargaan atau masyarakat.
Kami telah membuat pembahagian kerja untuk tajuk Survival Melayu Bumiputera.
Setelah kami mencapai kata sepakat, kami telah bersetuju dengan pembahagian kerja masing-masing.
Thursday, October 1, 2015
Ahli Kumpulan
Ahli kumpulan kami terdiri daripada :
1. Muhammad Hazim Bin Rosli
2. Nur Izzati Syuhadah Bt Abdullah
3. Rabiatul Hazwani Bt Rosli
4. Norazima Bt Mat Daud
5. Muhammad Zhamil Bin Noh
1. Muhammad Hazim Bin Rosli
2. Nur Izzati Syuhadah Bt Abdullah
3. Rabiatul Hazwani Bt Rosli
4. Norazima Bt Mat Daud
5. Muhammad Zhamil Bin Noh
Subscribe to:
Posts (Atom)